KLUANG: Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee mempertikaikan keputusan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak dibimbangi akan mengeruhkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, malah pihak tidak bertanggungjawab dilhat akan mengambil kesempatan dengan keadaan tersebut sekali gus berpotensi menyebabkan ketidakstabilan politik.
"Sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, Tony Pua sepatutnya jangan cuba 'menggeletek' serta bersuara nakal sesama rakan yang cuba memperkukuhkan kerajaan.
"Dibimbangi tindakan beliau ini nanti akan mengeruhkan ikatan dalam kerajaan yang boleh diambil kesempatan oleh pihak lawan selain mampu mempengaruhi keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini pada Selasa.
Tony Pua memuat naik hantaran dalam Facebook miliknya yang menyindir keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Malah beliau telah meneruskan sindirannya dalam hantaran lain dengan secara sinis mengakui telah 'bertaubat' atas ketelanjuran yang dilakukan susulan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu membuat laporan polis susulan dakwaannya mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Sharifah Azizah berkata, Tony Pua tidak sewajarnya mempertikaikan urusan mahkamah apatah lagi keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dipengerusi Yang Di Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al Mustafa Billah Shah.
Katanya, tindakan bekas wakil Rakyat DAP itu memuat naik kenyataan dalam Facebook miliknya dengan Catan "Can someone send me to jail and in exchange, pay me RM50mil? Pretty please?" jelas menggambarkannya mempertikaikan keputusan diputuskan Lembaga Pengampunan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota itu berkata, pertikaian tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap keputusan berkenaan yang sudah diputuskan pada 29 Januari lalu.
Jelas beliau, ini sudah termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan dan adalah mutlak serta tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
"Tindakan Tony Pua juga jelas melakukan perlanggaran undang-undang, adab dan tatasusila serta telah menyentuh isu 3R (kaum, agama dan insitusi diraja)," ujarnya.
Justeru katanya, Wanita UMNO Bahagian Kluang mendesak agar tindakan segera diambil ke atas Tony Pua mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024
Sharifah Azizah menunjukkan salinan laporan yang dibuat terhadap Tony Pua di pekarangan IPD Kluang, Kluang, pada Selasa - Foto Sinar Harian
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Fahmi masih belajar ketika Surendran sudah berjuang di jalanan - Hassan
PKR tidak harus melupakan jasa dan sumbangan bekas Naib Presiden PKR, N Surendran yang berjuang sejak parti itu ditubuhkan pada 1999.
Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.
Kenyataan Tony Pua keruhkan hubungan Kerajaan Perpaduan
Tony Pua sepatutnya jangan cuba 'menggeletek' serta bersuara nakal sesama rakan yang cuba memperkukuhkan kerajaan.
Pengampunan Najib: Tegur 'kacang hantu' dalam parti gabungan kerajaan - Zahid
Pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.
Pengampunan Najib: Tony Pua hadir ke Bukit Aman, rakam keterangan
Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat tiba di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 12.48 tengah hari pada Isnin.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja
Polis Diraja Malaysia memanggil Tony Pua ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.
Pengampunan Najib: Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta SKMM - KPN
Razarudin berkata, kenyataan itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina Institusi Diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong
Mahkamah benar rayuan MIA kembalikan aduan Tony Pua terhadap juruaudit 1MDB
MIA berjaya dalam rayuan mereka untuk mengembalikan semula aduan yang dikemukakan Tony Pua terhadap rakan kongsi Deloitte PLT, Ng Yee Hong berhubung audit 1MDB.
Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.